Penghargaan

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan CSS SDA Kg. Suvil:

  • Pr Kozel Malim, Pr Severinus Umpok dan isteri
  • Semua penderma dan anggota cabang
  • Mission Sabah

Tuhan memberkati ...

Pemimpin Cabang

Tahun 2012

Pastor Daerah Kecil Matunggong:


















Setiausaha Cabang:
Pn. Nairie Dalihing



Bendahari:
En. Rudih Asim



Pembantu Keseluruhan:
En. Minar Rumantai



Setiausaha Sekolah Sabat:
En. Sherton Rudih

Guru Sekolah Sabat:


Dewasa:

Pn. Nairie Dalihing


En. Rudih Asim

Belia:
En. Sherton Rudih


Kanak-Kanak:


En. Taichong Tibin



Khutbah:


  • Pastor Daerah (Mengikut jadual lawatan)

  • Ketua Gereja dari luar/tetamu

Sejarah Penubuhan

Penubuhan Cabang Sekolah Sabat Seventh-Day Adventist Suvil (CSSS) adalah idea daripada En. Rudih Asim dan isteri, Pn. Nairie Dalihing.
Kg. Suvil tidak mempunyai gereja SDA kerana jumlah anggota yang terlalu sedikit. Gereja yang terdekat dengan rumah beliau adalah gereja SDA Tambuluran yang mengambil masa 30-35 minit berjalan kaki.
Maka;


  • 4 Jan 2004; para anggota telah berbincang untuk tujuan tersebut. Perbincangan adalah merangkumi tujuan penubuhan cabang, iaitu kerelaan dan keikhlasan anggota untuk belajar cara melayani cabang dengan harapan dapat menambah bilangan anggota di Kg. Suvil. Para anggota juga akan lebih selesa dengan lokasi cabang yang lebih dekat dengan kawasan kediaman mereka. Dengan itu, mereka telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan cabang baru.
  • Hasil perbincangan tersebut telah disampaikan kepada Pr Kozel Malim (Pastor Daerah) pada 2 Mei 2004.
  • 13 Mei 2004; doa khas untuk penubuhan cabang telah diadakan oleh Pr Kozel. Kebaktian akan dijalankan di rumah En. Rudih sementara cabang dibina. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada ketua gereja SDA Tambuluran iaitu, En. Bernit Mengakup dan En. Aljon Dahawa. Tiada bantahan diterima dan keperluan cabang telah diuruskan oleh Pr Kozel sendiri.
  • Kebaktian yang pertama iaitu pada 22 Mei 2004, acara yang diadakan adalah nyanyian puji-pujian, pelajaran Sekolah Sabat yang dibahagikan kepada kelas dewasa, belia dan kanak-kanak serta penutupan Sekolah Sabat.
  • 2 Jun 2004; En. Rudih sekeluarga bersetuju untuk memperuntukkan satu kawasan bersebelahan rumah bagi tujuan tapak pembinaan cabang. Pr Kozel telah diberitahu bahawa pihak mission Sabah tidak akan memberi bantuan kerana tanah adalah milik persendirian.
  • Pembinaan cabang dimulakan pada 1 Julai 2004 oleh En. Rudih sendiri. Walaupun proses pembinaan yang agak lambat namun, akhirnya ia telah berjaya disiapkan dengan segala kos adalah sumbangan kewangan daripada para penderma dan hasil kutipan persembahan cabang.
  • 1 Januari 2005; walaupun cabang belum disiapkan sepenuhnya, para anggota telah berkumpul untuk sambutan tahun baru yang telah diketuai oleh Pr Kozel.
  • Selepas itu, bermula pada 7 Januari 2005, kebaktian setiap hari Sabat diadakan di cabang.